internet marketing & SEO - eOneNet.com

 
No. 1 Internet Marketing Company Asia

Making You No.1 on the Net !

HOME

e1SEMINARS

e1WEB

e1PROMOTE

e1LISTING

e1SHOPPING

e1WEBTOOL

e1CLUB

e1MAIL

Corporate Profile Our Services Milestones Our Partners Contact Us Career @ eOneNet
Press Room Media Videos Press Release Photo Album

Warning from No.1 Internet Marketing company Asia: Looking for web design? Just go to any web design company or web designer. Web hosting? Go to any web hosting company. Want to be No.1 selling online? Learn from the No.1 Top Internet marketing coach ranked by top search engines - eOneNet.com. This site offers everything you need to sell online, and make profits, globally, whether you are in Hong Kong, Singapore, Malaysia, China, Korea, Asia, Middle East, U.S., Europe or anywhere else.


Wanita Masa Depan - Fione sahut cabaran di dunia IT

Nona, Aug 2004

MENJEJAK seorang lagi wanita muda yang menjadi harapan negara, wartawan NURUL HALAWATI AZHARI dan Juru Foto IZARI ROSLI menemui Pengarah Urusan eONEnet.com, sebuah syarikat yang memulakan bisnes di bidang IT. Bermula dengan membuka laman web sendiri, Fione Tan, 27 merasakan dirinya perlu dan bertanggungjawab membantu golongan yang tidak tahu-menahu mengenai alam siber ini.

Justeru, berbekalkan semangat dan rasa ingin mencuba, tertubuhlah sebuah syarikat konsultan untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan secara online. Bersama dua lagi rakan kongsinya, anak kelahiran Jinjang, Selangor ini tidak gentar menyahut cabaran terjun ke bidang siber yang sentiasa berubah-ubah setiap saat dan minit ini.


Ikuti temu bual wartawan NONA dengan wanita muda berwawasan jauh ini dalam keluaran Ogos 2004.

internet marketing Wanita Masa Depan - Fione sahut cabaran di dunia IT - Nona

Cabaran baginya adalah suatu perkara yang paling menarik untuk dipenuhi. Berjaya atau tidak, pada diri gadis manis ini, bukanlah soalnya. Pada dirinya, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Beliau juga bukanlah berasal daripada keluarga yang kaya raya. Anak sulung daripada dua adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jinjang dan kemudiannya meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Jinjang . Sebagai anak yang pintar, Fione meneruskan pengajiannya ke pringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Iowa Amerika Syarikat.

Pulang ke Malaysia, Fione memulakan kerjayanya dalam bidang pemasaran di PanGlobal Insurance. Setengah tahun kemudian beliau mencari tapak yang lebih kukuh dan menyertai sebuah Kurnia Insurans Berhad, Malaysia dan berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang di usia muda.

Dengan tubuh yang kecil dan berwajah keanak-anakan ramai yang memandang rendah kebolehannya, namun Fione yang petah berkata-kata tidak mudah putus semangat.

internet marketing Wanita Masa Depan - Fione sahut cabaran di dunia IT - Nona


"Prejudis orang memang tidak boleh dielak. Saya cuba sehinggalah saya berjaya mencapai sasaran RM 1 juta. Bos dan rakan-rakan sekerja mula menilai kebolehan yang ada. Tetapi saya pula terasa seolah-olah tidak memperoleh kepuasan. Saya sedar selamanya saya tidak boleh berada di bawah orang."

"Suatu hari saya mengikuti satu seminar motivasi untuk mengenal diri sendiri. Saya mula berfikir, ramai diantara kenalan saya yang telah bekerja lama tetapi masih menghadapi risiko dibuang kerja. Saya tidak mahu nasib saya begitu. Saya tidak mahu nasib saya ditentukan oleh orang lain,"luahnya.

"Pulang dari motivasi tersebut, saya asyik memikirkan tindakan yang perlu dilakukan. Hampir sebulan berfikir, dengan penuh nekad saya membuat keputusan meletakkan jawatan."

Langkah Kejayaan
Saya berhenti kerja setelah mendapat dua rakan kongsi. Penghujung 1999,eOneNet.com pun ditubuhkan. Tetapi, entah apalah yang hendak dijual dan diniagakan pun saya tidak tahu. Yang saya tahu, saya mahu buat sesuatu dan lakukan perubahan dalam dunia teknologi maklumat. Ya, dunia tanpa sempadan kata orang.

internet marketing Wanita Masa Depan - Fione sahut cabaran di dunia IT - Nona

"Semasa di US dulu ramai juga kawan-kawan yang mempunyai laman web sendiri, saya pula memang buta IT ketika itu. Sering juga ikut kawan-kawan ke cybercafe walaupun tidak ada sesiapa menghantar e-mel kepada saya. Berbeza dengan rakan-rakan yang keluarga mereka telah terdedah dengan internet, keluarga saya ketika itu masih lagi tidak didedahkan dengan kemudahan ini. Teringatkan kenangan itu, timbullah idea untuk membantu mereka yang memerlukan konsultasi dalam bidang ini. Bersama rakan kongsi yang arif tentang selok-belok dunia IT, kami memulakan langkah. Ya, tahun pertama, bisnes kami sekitar menyediakan laman web dan direktori untuk pengguna. Pulangannya yang lumayan dan sambutan yang menggalakkan menyebabkan saya semakin bersemangat.

"Tahun kedua, kami menerima banyak maklum balas daripada pengguna. Saya mula berani memberikan ceramah dan taklimat tentang cara-cara memulakan bisnes secara on-line di seminar-seminar yang diadakan oleh badan-badan korporat dan juga swasta. Dari itu, keyakinan mula timbul. Memang saya kecil, muda dan ada masanya saya sedar ramai yang tidak yakin dengan kemampuan saya. Tetapi, saya tahu kebolehan serta kepakaran yang kami ada. Lama-kelamaan, idea kami mula diterima dan orang tidak lagi memandang usia saya," terangnya panjang lebar.

Mendapat Kepercayaan Antarabangsa
Di luar negara menurut Fione, masyarakatnya lebih terbuka dan boleh menerima kehadirannya. Mewakili Malaysia dalam beberapa seminar antarabangsa serta menjadi penceramah jemputan adalah satu tanggungjawab besar yang perlu dilunaskan. Bidang IT pada Fione memang mencabar, mana tidaknya, terlambat satu minit, beribu-ribu syarikat yang lain akan mendahului. Ia umpama sebuah syarikat bursa saham. Kecekapan dan kebolehan mencari maklumat serta mengejar dan mengaplikasikan teknologi terbaru adalah faktor utama sesebuah syarikat IT mengekalkan kedudukannya.

Hampir setiap bulan, Fione yang bergelar Top Internet Marketing Coach terbang ke Taiwan, India, Jepun, China dan beberapa negara lain untuk berkongsi idea bersama masyarakat di sana. eOneNet.com kini tersenarai di antara tangga teratas dalam senarai World's Top Internet Marketing Coach yang menjadi pillihan pengguna. Kejayaan ini satu penghargaan dan kejayaan besar buat mereka semua. Bagi Fione, kejayaan hari ini masih terlalu awal untuk dinilai. Bagaimanapun beliau berbangga kerana dalam usia muda, beliau telah memberikan sesuatu yang berharga untuk Malaysia. Bahkan, Fione turut menulis dalam laman web tersebut memberikan tips dan panduan buat mereka yang ingin memulakan perniagaan secara on-line.

Namun dalam setiap kejayaan, banyak juga pengalaman pahit yang ditempuhinya. Antara yang tidak dapat dilupakan ialah pertama kali ke luar negera untuk memberi ceramah.

"Speaker yang lain kebanyakannya bergelar doktor, atau setidak-tidaknya mempunyai Master. Sedangkan saya hanyalah pemegang ijazah sarjana muda sahaja. Berada di hadapan dewan, berdepan dengan orang-orang bijak pandai, memang saya gementar. Saya juga melihat wajah-wajah yang kurang yakin dengan saya. Tetapi, persediaan yang cukup serta kemahiran yang ada, akhirnya masa sejam yang diperuntukkan kepada saya telah ditambah kepada tiga jam oleh pihak penganjur memandangkan sambutan yang menggalakkan daripada peserta seminar. Detik itu, saya tahu, saya kini berada di landasan yang betul.

Di awal kemunculan dulu, kami juga berpengalaman ditipu syarikat-syarikat besar yang mendapatkan khidmat kami. Tetapi itu semua adalah satu cabaran dan pengajaran yang menyebabkan kami lebih berhati-hati.

Selain itu, hal-hal seperti plagiat juga menjadi satu cabaran yang tidak dapat dielakkan apabila ada pihak yang meniru bulat-bulat apa yang kami paparkan dan disiarkan pula sebagai hasil tulisan mereka didalam laman web yang berlainan," terang wanita muda yang peramah ini.

"Kini, saya ada rancangan yang lebih rapi untuk syarikat ini. Dulu saya pernah bercadang untuk bersara sebaik sahaja usia mencecah 30 tahun. Tetapi rasanya, mungkin tidak kerana masih banyak lagi perkara yang ingin saya lakukan. Semakin dicari dan digali, semakin banyak ilmu yang diperoleh melalui bidang IT. Keseronokannya tidak pernah padam dan saya tidak pernah rasa jemu," sambungnya lagi.

internet marketing Wanita Masa Depan - Fione sahut cabaran di dunia IT - Nona

Wanita Malaysia di Bidang IT
Pada Fione, bidang IT di Malaysia semakin berkembang dan penggunaannya di kalangan wanita Malaysia juga amat membanggakan. Ini dibuktikan oleh ramai pelanggan eOneNet.com yang telah berjaya mengembangkan bisnes mereka secara on-line. Fione melahirkan rasa bangganya dengan keyakinan banyak pihak terhadap syarikatnya.

Bahkan, ramai juga suri rumah yang semakin berjaya membina perniagaan mereka bersandarkan kepada garis panduan yang disediakan oleh eOneNet.com. "Cuma jangan takut untuk mencubanya. Saya dulu bukanlah pakar bidang ini dan bukan juga lulusan di bidang ini. Ianya terlalu asing pada saya. Tetapi kerana minat dan keinginan, kita pasti berjaya, jelasnya yang telah beberapa kali memenangi anugerah di peringkat nasional dan juga antarabangsa."

 



Back For News Listing

 

Back

Top

Next

FREE e1Club Membership. Click here to join

internet marketing Wanita Masa Depan - Fione sahut cabaran di dunia IT - Nona

internet marketing Wanita Masa Depan - Fione sahut cabaran di dunia IT - Nona

internet marketing Wanita Masa Depan - Fione sahut cabaran di dunia IT - Nona

internet marketing Wanita Masa Depan - Fione sahut cabaran di dunia IT - Nona


 
 
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
 

Site Map

Terms of Use

Privacy Policy

Copyright © Since 2000 eOneNet.com. All Rights Reserved.