internet marketing & SEO - eOneNet.com

 
No. 1 Internet Marketing Company Asia

Making You No.1 on the Net !

HOME

e1SEMINARS

e1WEB

e1PROMOTE

e1LISTING

e1SHOPPING

e1WEBTOOL

e1CLUB

e1MAIL

Corporate Profile Our Services Milestones Our Partners Contact Us Career @ eOneNet
Press Room Media Videos Press Release Photo Album

Warning from No.1 Internet Marketing company Asia: Looking for web design? Just go to any web design company or web designer. Web hosting? Go to any web hosting company. Want to be No.1 selling online? Learn from the No.1 Top Internet marketing coach ranked by top search engines - eOneNet.com. This site offers everything you need to sell online, and make profits, globally, whether you are in Hong Kong, Singapore, Malaysia, China, Korea, Asia, Middle East, U.S., Europe or anywhere else.


eOneNet taja 500 SKS masuki e-niaga percuma

Utusan Megabait, September 14, 2000

Syarikat perniagaan Internet tempatan, eOneNet.com yang akan menganjurkan kempen pemilikan e-niaga menawarkan perkhidmatan reka bentuk dan penganjuran web percuma kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SKS) yang menyertai persidangan e-niaga anjurannya bulan ini.

Sebanyak 500 syarikat pertama yang menyertai persidangan e-niaga pada 20 dan 21 September ini akan juga mendapat bahan-bahan seperti CD bagi melengkapkan pengetahuan memasuki perniagaan e-niaga.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif eOneNet.com, Fione Tan berkata, kempen tersebut bertujuan menggalakkan penceburan syarikat dalam bidang e-niaga bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

"Walaupun industri Internet telah lama berkembang tetapi masih banyak syarikat yang tidak mempunyai laman web atau mempunyai laman web yang tidak dimanfaatkan untuk memajukan syarikat," katanya.

Kempen yang disasarkan untuk para pemimpin syarikat terutama syarikat kecil dan sederhana (SKS) tersebut dapat memberi kefahaman jelas bagaimana sesebuah syarikat boleh menceburi e-niaga dengan berkesan.

Setakat ini, kempen itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak terdiri daripada syraikat IKS, syarikat berasaskan dot.com dan juga pihak media.

"Apa yang membanggakan ialah pihak Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) adalah organisasi turut memberikan sokongan padu pada kempen itu," katanya kepada Utusan Megabait.

Kempen itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia serta disokong oleh lain-lain organisasi seperti Jaring ISP, Informatics Malaysia, WizOffice.com (M) Sdn Bd dan sebagainya.

Tambah beliau, persidangan yang diadakan sempena kempen pemilikan e-niaga pada kali ini berbeza dengan mana-mana persidangan sebelum ini yang menyediakan maklumat e-niaga secara umum sahaja.
Pada persidangan kali ini, pemilik perniagaan bukan sahaja berpeluang mempromosikan syarikat mereka malahan dapat membangunkan laman web mereka dalam masa beberapa hari sahaja.


"eOneNet taja 500 SKS masuki e-niaga percuma - Utusan Megabait"


FREE e1Club Membership. Click here to join
 


 
 
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
 

Site Map

Terms of Use

Privacy Policy

Copyright © Since 2000 eOneNet.com. All Rights Reserved.