internet marketing & SEO - eOneNet.com

 
No. 1 Internet Marketing Company Asia

Making You No.1 on the Net !

HOME

e1SEMINARS

e1WEB

e1PROMOTE

e1LISTING

e1SHOPPING

e1WEBTOOL

e1CLUB

e1MAIL

Corporate Profile Our Services Milestones Our Partners Contact Us Career @ eOneNet
Press Room Media Videos Press Release Photo Album

Warning from No.1 Internet Marketing company Asia: Looking for web design? Just go to any web design company or web designer. Web hosting? Go to any web hosting company. Want to be No.1 selling online? Learn from the No.1 Top Internet marketing coach ranked by top search engines - eOneNet.com. This site offers everything you need to sell online, and make profits, globally, whether you are in Hong Kong, Singapore, Malaysia, China, Korea, Asia, Middle East, U.S., Europe or anywhere else.


Ratu Malaysia lancar gerbang kecantikan di Internet

Utusan Megabait, April 26, 2001

Ratu Malaysia Tan Su Wei bersama eOneNet.com, sebuah gerbang e-perniagaan dan perundingan pemasaran Internet, akan melancarkan satu gerbang kecantikan - www.suweit.com.

Su Wei, yang dimahkotakan sebagai Ratu Malaysia / Dunia 2000, menandatangani perjanjian dengan eOneNet.com Khamis lepas, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Su Wei merupakan Ratu Malaysia / Dunia yang pertama melancarkan gerbang laman webnya.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani antara Su Wei dan eOneNet, syarikat itu akan memaju dan menguruskan lama web ratu itu, dengan keuntungan bersama. eOneNet juga akan menjadi pengurus dalam talian beliau.

eOneNet.com berbangga untuk bekerja dengan Su Wei dan menguruskan gerbang beliau.   Su Wei lebih daripada seorang ratu cantik. Beliau memiliki kedua-dua kecantikan dan kebijaksanaan.

Beliau seorang yang bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukannya. Beliau tahu apa yang mahu dicapainya," kata Fione Tan, presiden dan ketua pegawai eksekutif eOneNet.com.

Selain mempunyai profil Su Wei dan portfolio mengenai gerbang itu, kami akan membina satu komuniti kesihatan dan orang yang mempunyai kesedaran kecantikan melalui tawaran dalam talian, forum serta menganjurkan acara berkaitan kesihatan dan kecantikan luar talian. Serta dalam mempamerkan pertunjukan fesyen dan acara dalam gerbang berkenaan," kata Tan.

Walaupun dalam situasi dotcom yang suram di seluruh dunia dan di Malaysia, Su Wei yakin dengan perkembangan gerbang tersebut kerana beliau akan mengusahakan dalam kedua-dua model B2C dan B2B.

Beliau berkata, "Apa yang ingin saya capai dengan gerbang saya ialah dua perkara. Pertama bagi peringkat peribadi, saya mahu menggunakan laman Web itu sebagai saluran komunikasi antara saya dan mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai saya, dan untuk berkongsi dengan mereka pengetahuan saya dan pengalaman dalam bidang kecantikan.

"Bagi peringkat perniagaan, saya mahu mencipta satu gerbang kesihatan dan kecantikan, dengan objektif mencipta nama di Malaysia dan seberang laut, mensasarkan untuk kedua- dua pengguna dan lama web yang lain dalam tempoh 12 bulan akan datang," katanya.



"Ratu Malaysia Lancar Gerbang Kecantikan di Internet - Utusan Megabait"


Back For News Listing

 

Back

Top

Next

FREE e1Club Membership. Click here to join
 


 
 
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
 

Site Map

Terms of Use

Privacy Policy

Copyright © Since 2000 eOneNet.com. All Rights Reserved.