internet marketing & SEO - eOneNet.com

 
No. 1 Internet Marketing Company Asia

Making You No.1 on the Net !

HOME

e1SEMINARS

e1WEB

e1PROMOTE

e1LISTING

e1SHOPPING

e1WEBTOOL

e1CLUB

e1MAIL

Corporate Profile Our Services Milestones Our Partners Contact Us Career @ eOneNet
Press Room Media Videos Press Release Photo Album

Warning from No.1 Internet Marketing company Asia: Looking for web design? Just go to any web design company or web designer. Web hosting? Go to any web hosting company. Want to be No.1 selling online? Learn from the No.1 Top Internet marketing coach ranked by top search engines - eOneNet.com. This site offers everything you need to sell online, and make profits, globally, whether you are in Hong Kong, Singapore, Malaysia, China, Korea, Asia, Middle East, U.S., Europe or anywhere else.


eOneNet.com bantu IKS dalam e-niaga

Utusan Megabait, September 7, 2000

Pengusaha kecil dan sederhana (IKS) di negara ini sentiasa digalak untuk lebih berperanan efektif dalam bidang perniagaan elektronik (e-niaga) untuk bersaing di arena antarabangsa.

Menyedari hakikat itulah, eOneNet.com berinisiatif untuk menganjurkan Kempen Pemilikan e-Niaga pertama di Asia bermula pada 20 dan 21 September ini bagi memudahkan IKS menyertai e-niaga.

Kempen ini dijangka akan dihadiri oleh para ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan, pengerusi, eksekutif kanan dan juga ahli perniagaan dalam bidang IKS.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif eOneNet.com Fione Tan berkata, kempen tersebut bertujuan melengkapkan syarikat-syarikat terutama IKS dengan pengetahuan dan panduan untuk mendapatkan keuntungan dalam e-dagang.

Setakat ini, kempen itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak terdiri daripada syarikat IKS, syarikat berasaskan dot.com dan juga pihak media.

"Apa yang membanggakan ialah pihak Perbadanan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) adalah organisasi turut memberikan sokongan padu pada kempen itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena kempen pemilikan e-niaga anjuran eOneNet.com di Subang Jaya minggu lalu.

Kempen itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia serta disokong oleh lain-lain organisasi seperti Jaring ISP, Informatics Malaysia, WizOffice.com (M) Sdn Bhd dan lain-lain.

Tambah beliau, persidangan yang diadakan sempena kempen pemilikan e-niaga pada kali ini berbeza dengan mana-mana persidangan sebelum ini yang menyediakan maklumat e-niaga secara umum sahaja.

Pada persidangan kali ini, pemilik perniagaan bukan sahaja berpeluang mempromosikan syarikat mereka malahan dapat membangunkan laman web mereka dalam masa beberapa hari sahaja.

"Kami akan menaja 500 syarikat IKS ke dalam talian dengan menawarkan mereka rekaan web dan pakej perkhidmatan hosting secara percuma," ujar Fione.

Sementara itu, bagi pendaftaran persidangan kempen itu juga boleh dibuat menerusi dalam talian dengan mengakses URL di http://www.eonenet.com dan emel di info@eOneNet.com

Selain itu, pendaftaran juga boleh dibuat secara luar talian menerusi telefon di 603-7710 5618 dan juga facsimile di talian 603-7729 5618.

Yuran yang dikenakan untuk seminar dua hari itu ialah sebanyak RM88 sehari bagi peserta biasa dan RM288 untuk VIP.

Bagaimanapun, bagi peserta yang membayar yuran penuh sebelum 9 September ini, mereka berhak mendapat potongan iaitu RM68 sehari dan RM258 untuk peserta VIP.

Peserta VIP hanya diperuntukkan kepada para ketua pegawai eksekutif , pengarah urusan, pengerusi, naib presiden dan ketua pegawai operasi (COO) dan hanya disediakan sebanyak 400 tempat sahaja.


"eOneNet.com bantu IKS dalam e-niaga - Utusan Megabait"


Back For News Listing

 

Back

Top

Next

FREE e1Club Membership. Click here to join
 


 
 
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
 

Site Map

Terms of Use

Privacy Policy

Copyright © Since 2000 eOneNet.com. All Rights Reserved.