internet marketing & SEO - eOneNet.com

 
No. 1 Internet Marketing Company Asia

Making You No.1 on the Net !

HOME

e1SEMINARS

e1WEB

e1PROMOTE

e1LISTING

e1SHOPPING

e1WEBTOOL

e1CLUB

e1MAIL

Corporate Profile Our Services Milestones Our Partners Contact Us Career @ eOneNet
Press Room Media Videos Press Release Photo Album

Warning from No.1 Internet Marketing company Asia: Looking for web design? Just go to any web design company or web designer. Web hosting? Go to any web hosting company. Want to be No.1 selling online? Learn from the No.1 Top Internet marketing coach ranked by top search engines - eOneNet.com. This site offers everything you need to sell online, and make profits, globally, whether you are in Hong Kong, Singapore, Malaysia, China, Korea, Asia, Middle East, U.S., Europe or anywhere else.


PKS harus kikis rasa curiga urus niaga e-perdagangan

Berita Harian, 1 August, 2001

Syarikat tempatan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak seharusnya menjadikan kebimbangan mengenai keselamatan urus niaga e - perdagangan atau e - perniagaan sebagai faktor yang menghalang mereka berbuat demikian kerana ia akan hanya menyekat perkembangan perniagaan mereka.

Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggi, berkata kebimbangan mengenai keselamatan urus niaga terbabit ialah antara faktor utama yang menghalang pembabitan lebih banyak syarikat tempatan khususnya PKS melaksanakan urus niaga berkenaan sedangkan ia adalah kaedah terbaik dan berkesan untuk mengembangkan pasaran.

Beliau berkata, e - perdagangan atau e-perniagaan yang dilaksanakan menerusi Internet dapat menghubungkan sesuatu perniagaan ke peringkat global dan oleh itu syarikat tempatan perlu menyertainya walaupun terdapat cabaran seperti kebimbangan mengenai tahap keselamatan urus niaga terbabit.

Kerajaan juga sentiasa berusaha mengatasi masalah itu termasuk memperkenalkan aplikasi pembayaran elektronik seperti kad pelbagai guna kerajaan dan kad pembayaran pelbagai guna sebagai kaedah pilihan untuk pembayaran transaksi menerusi Internet.

"Dalam transaksi e-perdagangan, kad kredit masih menjadi kaedah pembayaran yang popular tetapi kebanyakan pelanggan masih kurang yakin untuk memberi maklumat mengenai kad kredit mereka untuk transaksi menerusi Internet kerana bimbang terhadap penipuan.

"Disebabkan masalah itu, ia menyekat potensi e-perdagangan atau e-perniagaan yang dilaksanakan menerusi Internet," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pemasaran Antarabangsa Internet 2001(eBOC 2001) di Kuala Lumpur, semalam.

eBOC 2001 ialah persidangan kedua seumpamanya yang dianjurkan bertujuan mempromosikan kaedah pemasaran melalui Internet di negara ini, terutama kepada PKS dengan memberi lebih pendedahan kepada mereka. Ia dianjurkan hasil kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan e-perniagaan tempatan, eOneNet.com dengan Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM) mulai 31 Julai hingga 2 Ogos ini di Hotel Legend, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, teknologi kad pintar yang menggabungkan identiti serta fungsi pembayaran boleh membantu mengurangkan kebimbangan mengenai keselamatan transaksi di Internet bagi penjual dan pembeli. Katanya, kad pelbagai guna kerajaan dengan aplikasi kerajaan dan pembayaran dijangka akan dikeluarkan di seluruh negara pada 2003.

"Selain itu, sebagai usaha kerajaan melaksanakan penggunaan satu kad pelbagai guna di negara ini, institusi perbankan dikehendaki menaikkan taraf semua mesin ATM supaya dapat menerima kad pelbagai guna kerajaan dan kad pembayaran pelbagai guna selewat - lewatnya pada 2003," katanya.


"PKS harus kikis rasa curiga urus niaga e-perdagangan - Berita Harian"


Back For News Listing

Top


FREE e1Club Membership. Click here to join

How to make money online in 3 hours?


 

 

 


 
 
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
::
 

Site Map

Terms of Use

Privacy Policy

Copyright © Since 2000 eOneNet.com. All Rights Reserved.